Inilah Cara Untuk “PAGAR” Rumah Dengan Ayat Al-Quran (Pagar Ghaib)





BISMILLAH

Ajaran Islam sebenarnya sudah lengkap zahir dan batin dan mencakupi semua urusan kehidupan manusia termasuklah dalam ikhtiar pagar rumah. Ajaran Islam menitikberakan akidah yang teguh kepada Allah. Yakinlah bahawa Allah maha berkuasa ke atas setiap sesuatu. Doa dan pengharapan yang dipohon kepada Allah dalam usaha pagar rumah lebih diutamakan. Inilah akidah dan inilah pegangan kita yang beragama Islam. Baginda Rasulullah saw telah mengajar kita akan kaedah memagar rumah dan kaedah ini silih berganti diajarkan oleh ulama sehinggalah kini.

Ada banyak kaedah untuk memagar rumah menurut ajaran Islam. Ayat-ayat suci al-Quran merupakan mukjizat yang terus mengalir dan penuh berkat dalam usaha memagar rumah. Ada ayat-ayat terpilih yang sudah disusun oleh ulama bagi tujuan pagar rumah. Carilah guru-guru yang ahli dalam bidang pagar rumah ini. Dengan izin Allah, ikhtiar yang dilakukan dengan redha Allah ini penuh keberkatan dan mengandungi kekuatan yang luar biasa.

Ni ada sedikit perkongsian untuk diamalkan semoga dgn ikhtiar ni Allah pelihara rumah serta harta-benda kita dari dimasuki oleh pencuri atau dimasuki oleh jin.. Insya Allah.

Ketika rumah anda telah dikunci dengan rapi, maka letakkan TAPAK TANGAN KANAN anda ke pintu atau dinding rumah dan bacalah ayat-ayat doa seperti berikut :

1) Mengucap dua kalimah syahadah.. (1x)
2) Berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.. (3x)
3) Baca Ayatul Kursi.. (1x)
4) Baca Surah Yasin ayat ke-9.. (1x)

“Wa ja’alna mim baini aidihim saddaw wamin kholfihim saddan fa aghsyaina hum fa hum laa yubsiruun”

Bermaksud : “Dan KAMI adakan di hadapan mereka dinding-dinding dan di belakang mereka dinding-dinding (pula), dan KAMI menutup mata mereka sehingga mereka tidak dapat melihat”.

5) Lafazkan “Bismillahitawakkaltu’Alallah” ; “La haulawala khuwwata illabillah ‘ill ‘Aliyil ‘Aziim”

Semoga kita mendapat perlindungan Allah jua. Berhati-hati di jalan raya.

Perkongsian dari Pusat Rawatan As-Syifa,An-Nur.





0 Response to "Inilah Cara Untuk “PAGAR” Rumah Dengan Ayat Al-Quran (Pagar Ghaib)"

Post a Comment