UBAH 3 HAL INI, ANAK AKAN PATUH,SETIAP MANUSIA MEMILIKI WATAK YANG BERBEZA-BEZA. ADA YANG LEMBUT ADA YANG KERAS





BISMILLAH

Setiap manusia memiliki watak yang berbeza-beza. Ada yang lembut, ada juga yang keras. Namun sebagai orang tua tidak harus mencari berbagai alasan ataupun marah, berteriak dan berdebat dengan putera-puteri anda yang aktif, cerdas dan pandai berkata. Karena orang tua yang bijak cukup hannya mengulangi perintahnya dengan lembut, ramah dan tenang.

Semua hal yang belum diketahui oleh buah hati Anda tentang apa itu kewajiban mentaati kedua orang tuanya adalah sesuatu yang wajar. Maka Anda harus sabar menghadapinya kerana akan jadi sikap yang kita anggap membangkang kerana anak tidak melaksanakan perintah Anda adalah kerana mereka tidak faham dengan maksud anda. Berdasarkan pengalaman, ada beberapa faktor yang membuat anak Anda tidak patuh pada perintah Anda;

Cara memberi perintah Perintah yang mengambang membuat anak tidak tahu maksud yang anda inginkan. Misalnya perkataan anda pada anak, “Bereskan katil mu, jadilah anak yang sopan dan jangan nakal”. Contoh seperti itu adalah perintah yang mengambang dan tidak jelas. Anak tidak faham dengan maksud kata sopan dan nakal. Itu yang membuat anak anda terkesan nakal dan membangkan di mata Anda. Oleh kerana itu perintah anda harus jelas. Misal, apabila Anda memerintah

untuk membersihkan katil, maka Anda akan membahagikan tugas-tugas tersebut menjadi tugas kecil. Misal, “rapikan tempat tidur mu, sapu lantai bilik mu”. Dan begitu juga ketika Anda meminta anak anda untuk bersikap sopan dan tidak nakal maka anda juga harus mendeskripsikan kata sopan dan nakal kerana anak anda tidak memahami itu. Misal, ketika anda mengajak anak anda bertamu tiba-tiba dia lari-lari di ruang tamu dan tidak sengaja melanggar kerusi yang ada di sana. Maka jangan katakan “yang sopan nak, jangan nakal”. Tapi katakan kepadanya, “silakan duduk dengan tenang”.

Tidak menyedari perintah Anda
Terkadang pada saat Anda berbicara pada buah hati Anda, mereka tidak menaruh perhatian pada Anda. Misalnya, Anda berbicara pada anak yang sedang asyik makan, sedang asyik bermain, atau menyemak, dan lain-lain. Dalam kondisi seperti ini, anak Anda sedang sibuk dan fokus serta kesedarannya tidak tertumpu pada Anda tetapi mereka sedang fokus dengan apa yang sedang dikerjakannya. Pada saat itu ia tidak akan mendengarkan ucapan

Anda dan pasti akan menganggap anak Anda membangkang. Saat anak Anda sedang sibuk sebaiknya Anda menasihatinya berulang-ulang dan tanyakan padanya apakah dia tahu bahawa Anda sedang berbicara padanya. Kalau anak masih belum menyedari ucapan atau maksud Anda, maka sentuhlah ia dengan tangan lembut agar dia menatap Anda, kemudian mintalah sekali lagi tanpa emosi dan berteriak.
Waktu yang tidak tepat

Terkadang Anda meminta sesuatu kepada anak Anda untuk melakukan apa yang Anda perintahkan dengan segera. Tetapi mereka dalam kondisi yang tidak menginginkan untuk melakukan hal itu sehingga ia menundanya. Dan terkadang ia pun menolaknya. Misalkan, ketika anak Anda ada masalah dengan temannya lalu Anda menyuruhnya untuk meminta maaf dengan segera, dan dia tidak mahu. Lalu anda mengulangi permintaan



Anda dan terus memotivasinya tetapi anak Anda masih enggan. Sudah pasti pada saat itu Anda akan mengatakan bahawa anak tidak patuh dengan perintah Anda. Padahal penolakan anak Anda adalah kerana dia masih memerlukan masa agar mampu menerima keadaan dan akan melaksanakan perintah Anda. Kalau Anda ingin buah hati mampu melakukan semua yang Anda instruksikan kuncinya hanyalah sabar dan menunggu ia siap untuk melakukannya.

Sekian Terima Kasih.. Share Jika Bermafaat Untuk Anda Semua.





0 Response to "UBAH 3 HAL INI, ANAK AKAN PATUH,SETIAP MANUSIA MEMILIKI WATAK YANG BERBEZA-BEZA. ADA YANG LEMBUT ADA YANG KERAS "

Post a Comment