Hukum Seorang Lelaki Dan Perempuan Bukan Mahram Berhubung Melalui Telefon ( SMS,Call Dan Whastup )





BISMILLAH

Hari ini acik terkejut, sebab terlalu ramai yang bertanya pada acik . Apa hukum  antara lelaki dan perempuan bukan mahram saling bermesej (SMS). Selagi lagi acik nak katakan ,acik nie bukan ustaz, bukan juga yang begitu mahir dalam soal hukum tapi dari segi pembacaan dan dari pendapat orang yang pakar dapatlah sedikit acik terangkan.

Ahhh ini ada di dalam buku Ustaz Azhar Idrus page 128
Hukum Bermesej (SMS)

Tonton Video Ini : Hukum SMS Dengan Perempuan Bukan Mahram - Ustaz Azhar Idrus


Soalan : Apakah hukumnya seorang lelaki dan perempuan bukan mahram bermesej melalui handphone. Apakah perbuatan itu halal ataupun haram?

Jawapan : Sekiranya kandungan mesej antara lelaki dan perempuan yg bukan mahram itu adalah perkara-perkara penting seperti jual beli atau seumpamanya,maka hukumnya adalah harus dan wajib disingkatkan setakat yang penting sahaja.

Sekiranya mesej spt bertanyakan "sedang buat apa""awak minat apa""suka warna apa"atau"saya suka tengok awak pakai baju ini" maka hukumnya tidak syak lagi adalah haram dalam Islam.

Sebenarnya acik tak terkejut sebab suatu ketika semasa di politeknik acik pernah bertanya dengan ustaz hal ini. Sebenar memang betul apa yang di perkatakan oleh Ustaz Azhar Idrus tu.

Kalau kita teliti dengan betul kata kata ustaz ini seperti ini

 Jika kandungan masej antara seorang lelaki dan perempuan yang bukan mahram itu ialah perkara-perkara mustahak atau perkara-perkara yang perlu atau berhajat seperti jual beli atau seumpamanya maka hukumnya adalah harus dan wajiblah disingkatkan setakat mustahak sahaja dan bukan berleret-leret perkara tersebut sehingga menyeronokkan
nafsu.

Yang haramnya ialah bercinta seperti kebanyakkan muda mudi sekarang melalui SMS atau E-mail menjadi alat untuk memadu kasih yang memuaskan nafsu antara pasangan dan masing-masing melunaskan keinginan dan keseronokkan semata- mata,

sebagai contoh bertanyakan sedang buat apa..awak minat apa atau suka warna apa atau saya suka tengok awak pakai baju ini atau itu atau seumpamanya maka hukumnya tidak syak lagi adalah diharamkan dalam Islam.

 islam tak menyekat teknologi gunalah teknologi dengan sebaik mungkin dan  untuk mendapat pahala dari-Nya.Bersms dengan orang yang bukan mahram dengan kita dibolehkan atas sebab urusan apa yang kita kendalikan. Jika urusannya laqha atau merindu-rindu.gelak manja, cinta ku sayang..maka haram.

jika urusannya atas urusan yang tidak dapat dielakkan atau hanya untuk menjaga silaturrahim ..tak jadi masalah tapi semuanya berkisar kandungan sms.

 Yelah kalau kita tengok orang sekarang tak kira muda dan tua mesej yang hantar tu berbau tak senonoh , dengan sayang menyayang, cinta mencintai , luahan perasan hati. Masalahnya tak ada siapa yang selia mesej kita untuk nak jatuhkan hukum dengan tepat. Tapi jangan alpa bahawa Allah selalu memerhatikan apa yang kamu lakukan.

 Kaum hawa kena ingat

 Firman Allah :
“Dan janganlah kamu merendahkan (melunak dan memanja-manjakan) percakapan, yang menyebabkan mereka yang sakit hatinya terdetik untuk menggodamu.”


Acik nak ulas banyak pon tak boleh, selebihnya urusan kita dengan Allah melalui apa yang kita sampaikan. Ingat syaitan tak akan pernah putus asa untuk sesatkan kita dan cuba sedaya upaya untuk kita jauh dari Allah. Semoga kita bukan dari kalangan tersebut.


Jika ada pengetahuan dan ilmu yang lebih mendalam bolahlah di kongsikan bersama. Acik pon bukan semua benda tahu, sama sama kita belajar.





1 Response to "Hukum Seorang Lelaki Dan Perempuan Bukan Mahram Berhubung Melalui Telefon ( SMS,Call Dan Whastup ) "

  1. Awalnya aku hanya mencoba main togel akibat adanya hutang yang sangat banyak dan akhirnya aku buka internet mencari aki yang bisa membantu orang akhirnya di situ lah aku bisa meliat nmor nya AKI NAWE terus aku berpikir aku harus hubungi AKI NAWE meskipun itu dilarang agama ,apa boleh buat nasip sudah jadi bubur,dan akhirnya aku menemukan seorang aki.ternyata alhamdulillah AKI NAWE bisa membantu saya juga dan aku dapat mengubah hidup yang jauh lebih baik berkat bantuan AKI NAWE dgn waktu yang singkat aku sudah membuktikan namanya keajaiban satu hari bisa merubah hidup ,kita yang penting kita tdk boleh putus hasa dan harus berusaha insya allah kita pasti meliat hasil nya sendiri. siapa tau anda berminat silakan hubungi AKI NAWE Di Nmr 085--->"218--->"379--->''259 atau klik dibawah PESUGIHAN TAMPA TUMBAL .
    .

    ReplyDelete