Alhamdulillah, Inilah15 Artis Popular Malaysia Yang Sudah Memilih Untuk Berhijab



Sejak kebelakangan ini, semakin ramai artis-artis wanita tempatan telah mula mengenakan hijab dan menggayakan fesyen muslimah yang sopan lagi anggun.

Tambahan pula, setiap seorang daripada mereka mempunyai kisah tersendiri yang telah menjadi pendorong untuk mereka memilih gaya hidup yang lebih diredhai ALLAH s.w.t serta dihormati masyarakat. Alhamdulillah, semoga penghijrahan diri mereka berkekalan dan menjadi inspirasi kepada kaum hawa di Malaysia.

Dato’ Siti Nurhaliza

Biduanita negara yang lahir pada 11 Januari 1979 serta isteri kepada Dato` Seri Khalid Mohd Jiwa ini telah memilih untuk berhijab penuh pada sambutan ulangtahun kelahirannya pada 11 Januari 2013. Niat sucinya itu tercetus sesudah dia dan suaminya pulang daripada mengerjakan ibadah Haji beberapa tahun sebelumnya.

Rozita Che Wan

Pelakon jelita ini memilih untuk terus berhijab setelah pulang daripada mengerjakan umrah di tanah suci bersama suaminya Zain Saidin. Beliau mengumumkan keputusan untuk berhijab melalui akaun Instagram milik pengurusnya pada 5 Mac 2015.

Erra fazira

Pelakon, penyanyi dan model jelita ini mengambil keputusan untuk berhijab pada 3 Jun 2015 setelah berdoa dan menetapkan niat suci beliau itu pada malam nisfu syaaban. Keputusan tersebut turut disokong oleh puteri kesayangan beliau iaitu Engku Aleesya dengan pujian bahawa mamanya itu kelihatan cantik berhijab.

Neelofa

Neelofa mendapat kekuatan untuk berhijab selepas bersahur pada hari pertama bulan Ramadhan 2014. Terlebih dahulu, beliau telah mengambil inisiatif untuk mempelajari semula ilmu agama dan mendapat bimbingan daripada rakan artis Heliza Hilmi sebelum diberi kekuatan untuk berhijab sepenuhnya.

Ziana Zain

Penyanyi tersohor tanah air ini mendapat hidayah unutk berhijab sepenuhnya pada bulan Ramadhan 2014. Ziana berpendapat bahawa perubahannya itu adalah hadiah daripada Allah dan berkat doa ibu bapa, keluarga dan peminat-peminatnya.

Elfira Loy

Keputusan untuk berhijab telah lama dipendam oleh Elfira Loy dan pada 8 Mac 2015 iaitu bersempena dengan ulang tahun kelahirannya, beliau nekad bertudung. Elfira berpendapat bahawa umur 21 tahun itu merupakan kunci untuk beliau terus memperbaiki dan mengubah diri.

Umie Aida

Datin Umie Aida mendapat kekuatan unutk berhijrah pada bulan Ramadhan 2014. “Ketika menunaikan solat tarawih, perasaan hendak memakai tudung bertambah. Tak lengkap hari tanpa mengenakan tudung. Jadi, saya rasa sudah tiba masanya untuk saya berimej begini dan saya sudah bersedia 100 peratus” jelas beliau kepada pihak media.

Adira

Adira mengambil keputusan untuk berhijab pada 17 Ogos 2014. Beliau mendakwa bahawa beliau berhijab diatas kesedaran diri sendiri dan menafikan dakwaan beberapa pihak yang mengatakan perubahan Adira itu adalah sebab beliau hendak mendirikan rumahtangga.

Amy Mastura

Pelakon dan penyanyi Amy Mastura mendapat hidayah untuk berhijab pada bulan Jun 2015 setelah mengikuti sesi fotografi bertudung dengan sebuah majalah.

Haniz Zalikha

Hanis Zalikha atau lebih dikenali oleh peminatnya dengan gelaran Keknis mengambil keputusan untuk berhijab pada 1 Mac 2015. Beliau mendakwa bahawa perubahan diri beliau adalah di atas berkat doa dan galakan ibu bapanya.

Shila Amzah

Penyanyi terkenal ini tampil dengan imej berhijab pada bulan Ramadhan 2012 dan sehingga kini masih kekal berhijab. Juara pertandingan Asian Wave ini telah membuktikan bahawa berhijab tidak menghalang beliau untuk mengembangkan kerjaya seni beliau di China.

Fara Fauzana

Penyampai radio popular ini memulakan langkah unutk berhijab dengan perlahan-lahan semenjak daripada tahun 2014. Kini Fara Fauzana telahpun berhijab sepenuhnya.

Lufya

Lufya sudah lama menyimpan hasrat unutk berhijab. Akhirnya, pada bulan Februari 2015 beliau mendapat kekuatan untuk berhijab setelah dinasihati ibunya.

Mizz Nina

Penyanyi yang pernah menghangatkan industri hiburan tanah air dengan kolaborasi beliau dengan bintang hip hop Korea, Jay Park untuk lagu Around The World ini mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya setelah pulang daripada Mekah.

Uqasha Senrose

Uqasha mula berhijab penuh pada bulan Jun 2014 setelah memuat naik gambar-gambar beliau berhijab di laman instagram miliknya. “Saya pakai tudung atas diri saya sendiri. Jika pakai kerana dipaksa, perkara ini tidak akan kekal. Saya mahukan yang terbaik untuk diri saya dan jika boleh, saya nak benda ini berterusan. Saya harap orang mendoakan yang baik-baik untuk saya,” ujar beliau.

0 Response to "Alhamdulillah, Inilah15 Artis Popular Malaysia Yang Sudah Memilih Untuk Berhijab"

Post a Comment