Kisah Senda Gurau Rasulullah SAW Dengan Tiga Wanita





BISMILLAH

Nabi Muhammad /Rasulullah SAW, Keindahan Senda Gurau Rasulullah ﷺ, Kisah Gurau Senda Nabi Muhammad / Rasulullah SAW, Kisah Wanita Dengan, Kisah Wanita Tua Tak Masuk Syurga, mata putih, perempuan dan anak unta, Senda Gurau Rasulullah SAW Dengan Tiga Wanita, syurga hanya dimasuki perawan / anak dara, syurga tidak dimasuki oleh wanita /orang tua. 1 Comment

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

kerjasama_membantu_negara.

Junjungan Mulia Nabi Muhammad ﷺ bergaul dengan semua orang. Baginda sentiasa menerima hamba, orang buta, orang miskin dan kanak-kanak. Baginda bergurau dengan anak kecil, bermain-main dengan mereka dan bersenda gurau dengan orang tua. Akan tetapi Rasulullah ﷺ tidak berkata kecuali hanya yang betul dan benar sahaja. Mari kita ikuti kisah senda gurau Rasulullah ﷺdengan tiga wanita berikut:

1. Kisah Wanita Dengan Anak Unta

Pada suatu hari, ada seorang wanita ingin menaiki untanya. Oleh kerana unta itu besar, dia sukar hendak menaikinya. Dia cuba juga untuk naik ke atas badan untanya dengan segala usaha tetapi masih tidak berjaya juga.

Kemudian wanita itu datang kepada baginda lalu berkata, “Ya Rasulullah! Bantulah aku naik ke atas badan unta ini.”

Aku akan naikkan kamu ke atas anak unta”, kata Rasulullah ﷺ.

Ia tidak mampu.”, kata wanita itu.

Tidak! Aku akan naikkan engkau ke atas anak unta.” tegas Rasulullah ﷺ.

Ia tidak akan mampu.” ulang wanita itu lagi.

Para sahabat yang berada di situ berkata, “Bukankah unta itu juga anak unta?”

2. Kisah Wanita Dengan Mata Putih

Dalam suatu peristiwa yang lain, datang seorang wanita kepada Rasulullah ﷺ. Dia memberitahu Rasulullah ﷺ, “Ya Rasulullah! Suamiku jatuh sakit. Dia memanggilmu.”

Baginda lalu bertanya: “Siapa dia suamimu itu? Apakah ia yang matanya ada putih-putih itu?”

Wanita itu menjawab: “Demi Allah! Mata suami saya tidak ada putih-putih.”

Kemudian baginda berkata lagi: “Bahkan di matanya ada putih-putih.”

Wanita itu tetap menolak dengan berkata: “Demi Allah! Tidak.

 “Semoga suamimu yang dalam matanya putih.” kata Rasulullah ﷺ.

Wanita itu kembali ke rumahnya. Dan dia pun membuka mata suaminya. Suaminya bertanya dengan kehairanan, “Kenapa kamu ini?”

Rasulullah ﷺ memberitahu bahawa dalam matamu putih”, kata isterinya menerangkan.

Bukankah semua mata ada warna putih?”kata suaminya.

Sebenarnya Rasulullah ﷺbergurau dan apa yang dimaksudkan oleh Baginda ialah putih yang mengelilingi mata yang hitam itu.

3. Kisah Wanita Dengan Orang Tua Tak Masuk Syurga

Diriwayatkan juga bahawa seorang wanita tua telah menghampiri Rasulullah ﷺ. Dan wanita tersebut telah berkata kepada Baginda ﷺ, “Ya Rasulullah! Doakanlah kepada Allah agar aku dimasukkan ke dalam syurga.”

Wahai ummi fulan! Syurga tidak dimasuki oleh orang tua.” tegas Rasulullah ﷺmemberitahu.

Lalu perempuan tua itu pun menangis.

Rasulullah ﷺpun menjelaskan, “Tidakkah kamu membaca firman Allah ini,

Allah سبحانه وتعالى berfirman:

إِنَّا أَنشَأْنَاهُنَّ إِنشَاءً ﴿٣٥﴾ فَجَعَلْنَاهُنَّ أَبْكَارًا ﴿٣٦﴾ عُرُبًا أَتْرَابًا ﴿٣٧﴾لِّأَصْحَابِ الْيَمِينِ ﴿٣٨﴾

Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, serta kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.”(Surah Al-Waqiah; Ayat 35 – 38).

Penutup

Ketiga-tiga wanita dalam kisah di atas, pada mulanya kebingungan tetapi selepas mengamati kata-kata para sahabat itu, baharulah mereka tahu maksud kata-kata Nabi Muhammad ﷺdan memahami bahawa Rasulullah ﷺhanya hendak bergurau dengan mereka. Ini menyebabkan ketiga-tiga perempuan tersebut tersenyum dan menggembirakan hati mereka.





0 Response to "Kisah Senda Gurau Rasulullah SAW Dengan Tiga Wanita"

Post a Comment