MEMANG MUJARAB DAN SENANG DISEDIAKAN,INILAH PETUA BERSIHKAN RAHIM SELEPAS HAID, AMALKAN SEBULAN 2 KALI





BISMILLAH

Memang Mujarab Dan Senang Disediakan,Inilah Petua Bersihkan Rahim Selepas Haid, Amalkan Sebulan 2 Kali | Selepas period, korang yang perempuan tu elok amalkan minum air rebusan yang Cik Amyra Nabila Hasnol kongsikan ni.

Tak perlu pun nak minum setiap hari, minum sebulan dua kali pun dah cukup.

Nak lagi elok lepas habis period terus amalkan petua yang diwarisi khas dari Umi dan Opahnya.

Khasiat:

Membersihkan rahim selepas haid.
Mengeluarkan angin dalam badan.
Memecahkan lemak-lemak diperut.
Mengurangkan masalah bau badan.
Menaikkan seri muka umpama Bidadari syurga.
Menghilangkan sakit Sesungut.

Bahan-bahan:



Halia (Besar ibu jari)
Kunyit (Besar ibu jari)
Serai (4-5batang)
Daun pandan (3 helai)
Madu/ Gula batu (Ikut suka)
Air 3 cawan

Tambahan (Jika perlu)

Sireh (2 helai) – untuk masalah keputihan
Manjakani (1 biji) – untuk merapatkan miss V

Cara-cara:

Serai tumbuk kasi pecah sikit.
Kunyit dengan halia tu hiris jangan terlalu nipis. Sederhana je cukup.
Campurkan semua bahan dan rebus sehingga pekat & mendidih selama lebih kurang 30 – 40 minit.
Api jangan terlalu kuat, api kecil lagi bagus.
“Boleh Minum suam-suam. Nak tunggu sejuk pun boleh tapi kalau Myra la, Myra minum suam-suam tu terasa lega je bila masuk dalam badan kita tau.” – Amyra

– Pen Hitam





0 Response to "MEMANG MUJARAB DAN SENANG DISEDIAKAN,INILAH PETUA BERSIHKAN RAHIM SELEPAS HAID, AMALKAN SEBULAN 2 KALI"

Post a Comment