Seram! 2 Sepupu Kongsi Detik² ‘Ghaib’ 2 Jam Ke Alam Bunian, Kes Disorok Makhluk Halus





BISMILLAH

Alam ghaib masih kekal misteri bagi manusia normal seperti kita. Namun, sebagai Muslim kita wajib percaya kepada kewujudan alam ini memandangkan ianya sebahagian dari rukun iman.

Buktinya mudah, masih banyak berlaku insiden kehilangan dipercayai ‘disorok’ makhluk halus atau bunian berlaku dalam masyarakat kita.

Terbaru di Tumpat, Kelantan, 2 sepupu hilang selama 2 jam selepas pulang dari tadika kira-kira jam 12.30 tengah hari. Aduhai, tak dapat dibayangkan macam mana risau ibu bapa mereka bila anak-anak hilang macam ini kan?

2 sepupu, Nurul Husna Abdul Hadi dan Nik Nur Arisa Nik Mohd Zurairi, ghaib 2 jam selepas didakwa ada ‘wanita’ mengajak mereka bermain di kolam. Kehilangan mereka disedari selepas pulang dari tadika pada pukul 12.30 tengah hari.

Nik Nur Arisa berkata wanita berkenaan mengajaknya bermain di kolam dan menangkap ikan setelah keluar dari pagar tadika.

Menurut Arisa lagi, dia berniat untuk pulang malam esoknya namun sepupunya mahu balik keesokan paginya. Malahan dia mengatakan dia turut nampak kehadiran datuknya Ismail Mat namun lelaki berkenaan tidak dapat melihatnya.

Selepas solat hajat diadakan, Arisa ditemui selamat dalam keadaan basah kuyup berdekatan pokok tebu kira-kira 50 meter dari kawasan rumah datuknya. Arisa yang ditemukan ibu saudaranya kemudian membawa ke lokasi sepupunya, Husna di akar pokok durian belakang rumah datuk mereka.

Ibu Nurul Husna, Hazama hasan, 44, berkata, dia tidak menolak kemungkinan anaknya disembunyikan bunian kerana tempat yang didakwa anaknya bermain kolam itu adalah tempat keras dan kawasan kubur lama.


FAKTA

- Bunian tidak ditakrif dalam al-Quran tetapi keajaiban Allah sama seperti kejadian manusia kembar.

- Manusia yang bersahabat atau berkawan dengan bunian, menjatuhkan martabat mereka sebagai khalifah Allah.

- Tidak seperti jin yang boleh terbang dan memiliki kemampuan lain, Bunian hidup seperti manusia dengan berjalan kaki, bercucuk tanam cuma bezanya mereka tidak dilihat manusia walaupun hidup di alam yang sama.

- Bunian boleh menyakiti manusia secara ghaib tetapi bagi bunian yang mempelajari ilmu tertentu, mereka boleh menyakiti manusia secara fizikal.

- Rawatan digunakan Dr Jahid untuk merawat gangguan jin atau bunian adalah kaedah ketukan.

- Tanda-tanda seseorang diganggu bunian atau jin adalah berkelakuan pelik seperti melihat benda ghaib, berat badan kekal tetapi apabila diangkat terasa berat selain kesan aneh pada tubuh badan.

- Manusia tidak digalakkan berkawan dengan bunian kerana sukar diketahui sama ada bunian itu benar-benar beriman atau kafir.

- Kaedah menjauhkan gangguan bunian atau jin adalah dengan menjaga ibadat wajib dengan sempurna selain memperbanyakkan ibadat sunat serta solat hajat, solat taubat dan berdoa.[penulis asal oleh Nasron Sira Rahim]





0 Response to "Seram! 2 Sepupu Kongsi Detik² ‘Ghaib’ 2 Jam Ke Alam Bunian, Kes Disorok Makhluk Halus"

Post a Comment