6 Perkara Perlu Elak Kalau Tak Nak Kuali Non-Stick Mahal Anda Rosak Dan Tercalar. Yang No 3 Tu Ramai Tak Tahu.





BISMILLAH

Penggunaan Kuali Non Stick yang telah calar adalah tidak bagus.

Saya adalah antara penggemar kuali tahan lekat atau kuali non stick yang memudahkan untuk kerja-kerja memasak di dapur.

Andai nak goreng telur tak melekat, andai nak sauté bahan-bahan pun mudah.

Namun satu perkara yang perlu kita ambil berat sekiranya kita menggunakan kuali non stick ini, adalah untuk elakkan daripada ianya tercalar.

Ya CALAR yang merbahaya.

Calar pada permukaan kuali non stick ini akan menyebabkan lapisan yang digunakan untuk menjadikan permukaan kuali itu tidak melekat akan terdedah ke dalam masakan yang kita ingin masak.

Bermakna, ada bahan-bahan yang tidak sesuai untuk kita makan, akan bercampur dengan masakan yang kita masak, tanpa kita sedar.

Adalah penting untuk kita gunakan peralatan yang sesuai seperti sudip kayu atau sudip yang tidak mencalarkan permukaan kuali ini.

Andai telah tercalar? apa perlu kita buat adalah untuk melupuskan sahaja kuali tersebut walaupun mungkin ianya kuali kesayangan kita.

Atau bolehlah buat hiasan di dinding-dinding bukannya untuk digunakan sebagai peralatan memasak.

Jika sebelum ni kita belum tahu, mungkin kita akan terus gunakan, selepas ini, silalah tukar kepada kuali baru.

Kesihatan kita lebih berharga. Rugi kiranya kita sediakan bahan-bahan berkualiti tinggi untuk memasak, tetapi kesudahannya menggunakan kuali yang berbahaya.

Sekadar berkongsi untuk manfaat bersama.

Kuali tak lekat ( non-stick pan) adalah antara peralatan memasak yang menjadi kesayangan kaum-kaum ibu. Mana tidaknya, kuali sebegini harganya boleh tahan mahal lebih-lebih lagi jika yang berjenama dan diimport dari luar negara. Disebabkan ‘value’nya, ada dikalangan kita yang guna kuali jenis ini hanya sekali sekala dan untuk memasak hidangan tertentu sahaja.

Tetapi, rugi pula kuali mahal tetapi jarang guna. Bukannya apa, mesti puan-puan risau kuali rosak kan? Sebenarnya ada cara untuk buat kuali non-stick ni tidak rosak permukaannya dan tahan lama. Berikut adalah ENAM perkara yang anda perlu tahu apabila memasak menggunakan kuali kesayangan ni.


1. JANGAN BIAR KUALI TERBIAR PANAS
Sebaik anda meletakkan kuali di atas dapur, tuang minyak dengan segera dan jangan biarkan kuali panas sehingga berasap. Ini kerana jika kuali non-stick dibiarkan panas begitu, ia akan menghasilkan toksik yang dikhuatiri membahayakan kesihatan. Biasanya dalam rancangan masakan, kita disuruh supaya panaskan kuali terlebih dahulu sebelum memasukkan minyak, tetapi ia hanyalah untuk kuali dan periuk yang bukan non-stick ya.

Menurut Professor Robert L. Wolke, dari University of Pittsburgh kuali non-stick selamat digunakan selagi ia tidak dibiarkan terlalu panas. Jika terjadi, salutan yang melapisi kuali mungkin mula pecah (pada tahap molekul) dan zarah-zarah serta gas toksik, sesetengahnya karsinogenik, boleh dibebaskan. ( sumber: goodhousekeeping.com).


2. MASAK GUNA API SEDERHANA
Jika memasak menggunakan kuali jenis ini, adalah lebih baik jika menggunakan api yang perlahan serta sederhana. Elakkan menggunakan api besar dan masak dalam jangka masa yang lama. Pastikan suhu kuali anggaran di bawah 500C bagi mengelakkan lapisan non-stick yang menyadur kuali anda rosak. Jadi, janganlah masak rendang guna kuali mahal ya. Guna sahaja kuali cap buaya yang nenek-nenek kita guna dulu. Lagi selamat. Nak masak lempeng guna kuali mahal ni, boleh. Sebab cepat masak dan hasilkan lempeng yang cantik.


3. JANGAN KERINGKAN AIR DALAM KUALI
Biasanya, lepas kuali di basuh dan nak guna kembali, kita akan panaskan diatas dapur dan biar airnya tersejat kan? Ha..Bila guna kuali mahal ni, jangan buat macam tu tau. Sebaiknya, selepas dicuci, anda lap menggunakan kain lembut bagi mengeringkan air dan bolehlah digunakan untuk memasak.


4. GUNA PERALATAN LOGAM
Memang pantang memasak guna kuali ni guna senduk dan sudip hatta sudu sekalipun yang diperbuat dari logam. Mintak jauhhhhh… Ini kerana bila bergesel, ia akan menghakis permukaan kuali anda. Sayang tau bila cuci, tengok ada kesan calar pula dekat dasar kuali atau periuk. Bila permukaan tahan lekat tu tercalar , masakan yang anda masak pasti akan melekat. Sebaiknya, gunalah alatan memasak yang diperbuat dari kayu atau plastik tahan panas.  Biasanya mak-mak memang dah tahu pantang larang yang ni, tetapi yang biasa buat macam ni ialah bila sesekali harapkan suami atau anak-anak untuk tolong masak. Bederau darah tengok mereka selamba je balik telur dadar pakai sudip besi. Memang menjeritlah tuan tanah kan!


5. CUCI GUNA SPAN LEMBUT
Kuali non-stick ni memang ciri ‘lahiriah’nya senang untuk dicuci. Oleh itu bila nak basuh, hanya guna span lembut sahaja. Bukan ada kotoran memasak yang susah nak tanggal pun kan? Kalau ada sedikit-sedikit yang melekat tu, sentallah perlahan-lahan. Jangan pula anda tonyoh guna berus besi. Memang naya puan-puan. Rosak kuali tu.


6. ELAK SUSUN BERLAPIS
Maklumlah, dekat dapur anda tu kan banyak kuali, periuk yang digunakan. Jadi, sewaktu menyimpan tu elakkan dari menyusun kuali non-stick ni secara bertindan-tindan. Sebaiknya, gantung atau biarkan tanpa ada benda lain yang disusun diatasnya. Jika nak susun juga? Boleh…Tetapi kena alas dulu permukaan kuali dengan tuala lembut atau apa-apa sahaja lapik agar permukaan non-sticknya tidak tercalar.





0 Response to "6 Perkara Perlu Elak Kalau Tak Nak Kuali Non-Stick Mahal Anda Rosak Dan Tercalar. Yang No 3 Tu Ramai Tak Tahu. "

Post a Comment