Wanita Ini Dedah Rahsia Elak Wajah Tua Dari Usia Sebenar, Hanya Guna ‘Face Mist’ Buat Sendiri Dari Timun





BISMILLAH
Cuaca panas bukan sahaja menyebabkan kita mudah kehilangan air dalam badan, tetapi juga menyebabkan kulit wajah jadi kering, kusam dan tidak bermaya. Jika dibiarkan sahaja tanpa apa-apa rawatan atau produk penjagaan wajah, kita akan kelihatan lebih tua dari usia sebenar.

Dan menjadi trend terkini, pelbagai lambakan poduk ‘face mist’ atau semburan muka yang dijual di pasaran. Walaupun harganya tidak begitu mahal, tetapi sebenarnya kita juga boleh membuatnya sendiri di rumah.

Hanya menggunakan bahan di dapur seperti dari buah lemon, aloe vera ataupun air ros. Melalui satu perkongsian di laman facebook oleh Fyza Shah, ‘face mist’ atau semburan di wajah ini mampu memberi kesegaran, menyejukkan dan menenangkan kulit.

Artikel Berkaitan: Masker Glowing Lenyapkan Wajah Kusam

Selain memberi kelegaan kepada kulit yang penat atau letih, ‘face mist’ juga boleh merawat atau melembapkan kulit yang kering dek kerana sering terdedah pada cahaya matahari. Bukan itu sahaja semburan menggunakan ‘face mist’ ini juga boleh menjadikankan kulit glowing dan lebih sekata.

Fyza turut berkongsi cara membuat ‘face mist’ menggunakan timun. Menurutnya, timun bukan sahaja murah dan mudah tetapi kesannya akan membuat kulit jadi sejuk dan huga turut menyegarkan wajah.


Timun juga mempunyai kandungan air yang tinggi. Memang sangat sesuai untuk kulit yang terbakar disebabkan matahari. Dan paling bagus ia juga boleh merangsang kolagen kulit dan timun bertindak sebagai anti penuaan yangbaik, mengelak kedutan serta garis halus.

Satu lagi kelebihan ‘face mist’ timun ini adalah mengatasi masalah wajah yang breakout, jerawat atau bengkak di wajah. Disarankan untuk menggunakannya setiap hari selepas cuci muka ataupun selepas siap bermekap.

Cara membuat face mist timun:
1. Ambil sebatang timun dan buang kuitnya.


2.Kemudian potong kecil dan rebus dengan api perlahan selama 5 minit. Kisar timur tadi, ditapis dan diambil airnya.


3. Simpan dalam peti sejuk untuk beberapa jam. Kemudian barulah boleh digunakan untuk disembur pada wajah.


Ekstra Info:

Timun bukan sekadar sayuran biasa, tetapi mengandungi vitamin C, vitamin A, vitamin K yang boleh mengawal melanin dan meningkatkan kecantikan asli.

VIDEO DIY ‘FACE MIST’






0 Response to "Wanita Ini Dedah Rahsia Elak Wajah Tua Dari Usia Sebenar, Hanya Guna ‘Face Mist’ Buat Sendiri Dari Timun"

Post a Comment