Vitamin C Sememangnya Kita Perlukan Untuk Kecantikan Dalam Dan Luaran, Namun Jangan Dicampur Dengan 4 Bahan Ini!


Penggunaan Vitamin C sangat meluas dari kesihatan, kecantikan luar atau dalam. Ada sahaja kebaikan Vitamin C yang menjadi pilihan sebagai krim muka, makanan tambahan sehinggalah suntikan Vitamin C. Vitamin C terkenal sebagai bahan awet muda, pencerah kulit dan meningkatkan imunisasi badan.

Kepada anda yang ada menggunakan produk Vitamin C dalam apa jua jenis produk ketahuilah terdapat pantang larang jika ingin menggunakan ia bersama bahan lain. Seperti yang kita semua tahu, Vitamin C dan Vitamin E ialah kolaborasi yang terbaik, okay itu bagus tapi apa yang tak okay dengan bahan lain?

#1 AHA/BHA – mempunyai fungsi pengelupasan sama seperti Vitamin C. Jadi jika anda mengabungkan dua bahan ini, kulit boleh terjejas akibat aktiviti penggelupasan yang berlebihan.
#2 Niacinamade – ia sejenis bahan dari Vitamin B untuk melembabkan kulit namun ia boleh menukar warna Vitamin C kepada warna kuning apabila dicampurkan bersama. Selain itu, masalah iritasi kulit juga boleh berlaku dan fungsi Vitamin C boleh rosak.

Foto – Dermstore
#3 Benzoyl Peroxide – fungsinya untuk membasmi kuman dan jerawat, tapi bila dicampur dengan Vitamin C ia boleh menghilangkan manfaat Vitamin C dan menyebabkan iritasi kulit. Penyelesaian terbaik, guna produk dari bahan benzoyl peroxide untuk menghilangkan jerawat, manakala untuk parut jerawat guna Vitamin C.

#4 Kolagen – fungsi kolagen bagus untuk kesan kulit tegang dan awet muda. Namun malangnya, kesan dari penggunaan kolagen boleh menghalang Vitamin C untuk menyerap kedalam kulit. Erti kata lain sia-sia ambil Vitamin C!

Foto – Into The Gloss
Anda dinasihati kenal pasti bahan dalam produk yang anda ingin pakai bersama dengan Vitamin C. Selamat beramal!

Sumber : https://www.wanista.com

0 Response to "Vitamin C Sememangnya Kita Perlukan Untuk Kecantikan Dalam Dan Luaran, Namun Jangan Dicampur Dengan 4 Bahan Ini!"

Post a Comment