8 Kegunaan Lain Garam Selain Daripada Menambah Rasa!



Saat anda sedang memasak di dapur mesti ada satu bahan yang wajib digunakan dalam pelbagai jenis juadah yang ingin dimasak. Sama ada hidangan berlauk, sajian moden dan apa jua jenis sajian pasti akan ada bahan ini.

Lain tidak bukan iaitu garam. Tanpa garam tidaklah kita dapat merasakan masakan sedap-sedap. Garam adalah keperluan wajib ada di ruangan dapur. Betapa ajaibnya peranan garam ini bukan sahaja dalam masakan malah lebih dari itu.

Ini adalah perkongsian yang SK dapat untuk anda semua ikut dan bermanfaat pada semua.


  1. Sebagai pencuci kerang secara semulajadi. Penggunaan untuk merendam kerang supaya tahinya hilang. Apabila sesuatu berasal dari laut dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya atau tahi.
  2. Mengubati gout. Gout disebabkan oleh pemakanan makanan laut secara berlebihan. Orang yang tinggal berhampiran pantai boleh menanam badan dalam pasir laut. Bukan semua orang tinggal pantai, bagi mereka yang tinggai jauh dari pantai laut boleh menggunakan garam kasar yang telah digoreng dan didemahkan pada tempat yang sakit ketika garam dalam keadaan panas.
  3. Mengelakan daripada gangguan syaitan /jin pada bayi. Ada ketikanya bayi kerap menangis waktu malam. Untuk mengatasi hal in, garam di campur dengan bawang merah, bawang putih dan lada hitam dan diletakkan di bahagian kepala bayi dengan berlapik.
  4. Keluarkan blackhead. Ini adalah masalah kecantikan terutamanya kecantikan wajah yang banyak menjengkelkan. Tidak perlu bersusah payah membeli sabun muka yang mahal untuk menghilangkan bintik hitam ini, cukup hanya membasuhnya menggunakan air garam maka bintik hitam akan hilang lebih cepat.
  5. Bunuh bakteria yang menyebabkan bau badan. Anda cantik tetapi masih lagi ada masalah bau badan? jangan risau, air garam jugak mempunyai manfaat yang penting untuk membunuh bakteria dan juga kuman yang menyebabkan bau badan. Anda boleh jadikan seperti skrub. Ia akan meningkatkan kenyakinan anda.
  6. Rawat tekak gatal dan sakit tekak. Sesetengah kajian juga menyebutkan bahawa air garam juga berkesan untuk merawat sakit tekak dan menghapuskan simptom sakit tekak dan gatal-gatal tekak. Air garam akan membantu membersihkan bahagian tekak yang mengalami sakit dan kecederaan supaya bakteria dan kuman tidak merebak lagi. Minumlah air garam dalam tiga kali sehari.
  7. Garam juga membantu keseimbangan hormon. Ia memudahakan proses metabolik dan mewujudkan pH optimum dalam badan. Ketahuilah dalam badan kita dipenuhi dengan acid tetapi garam adalah untuk menuteralisasikan acid dalam badan supaya tidakterkena sebarang penyakit yang tidak diingini.
  8. Melegakan sakit gigi, sakit gigi biasanya disebabkan apabila terdapat pembentukan nanah di pusat gigi anda akibat jangkitan bakteria. Jika berlaku sebegitu, anda perlu mengambil antibiotik untuk merawat jangkitan. Tetapi anda boleh sahaja melakukan perkara ini dirumah sahaja dengan menggunakan garam. Anda boleh berkumur dengan air garam untuk setiap beberapa jam.

0 Response to "8 Kegunaan Lain Garam Selain Daripada Menambah Rasa!"

Post a Comment