Buah Ini Mampu Merawat Kanser Payudara! Buah Apa Ni?



Seorang saintis Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM),di Batu Pahat, telah berjaya menemui ekstrak daripada sejenis mangga liar yang dikenali sebagai buah bambangan, dikatakan mampu membunuh sel kanser payudara.

Hasil kajian oleh Prof Madya Dr Mohd Fadzelly Abu Bakar mendapati hampir 90 peratus populasi sel kanser payudara mampu dimusnahkan dalam tempoh 72 jam apabila ekstrak biji bambangan didedahkan kepada sel berkenaan, manakala kesan tindak balasnya boleh bermula dalam tempoh 48 jam.

Lebih membanggakan apabila kajian oleh Ketua Jabatan Teknologi dan Warisan, Fakulti Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan UTHM itu sudah diterbitkan dalam jurnal antarabangsa tersohor berpangkalan di United Kingdom (UK), Food and Chemical Toxicology (FCT).

FCT memuatkan hasil kajian baharu berimpak tinggi dalam bidang makanan, perubatan dan kimia dari pakar seluruh dunia.

Bambangan atau nama saintifiknya ‘mangifera pajang’ adalah dalam keluarga mangga, berasal dari Kepulauan Borneo dan tumbuh liar di hutan.

Bambangan magnifera pajang, berbeza dengan asam kumbang atau nama saintifiknya, magnifera quadrifida yang terdapat banyak di Semenanjung.


Musim buah berkenaan adalah pada September atau Oktober dan ia selalunya digunakan oleh masyarakat di Negeri Sabah dalam masakan kari, jeruk serta sambal.

Ketika ditemui wartawan Berita Harian, Dr Mohd Fadzelly berkata, kajiannya bermula 2005 lagi ketika beliau bertugas sebagai pensyarah di Universiti Malaysia Sabah (UMS) selepas tertarik dengan buah bambangan yang banyak di Sabah serta Kepulauan Borneo.

Dr Mohd Fadzelly membawa ekstrak bambangan dari Malaysia untuk projek tiga tahun apabila beliau mengikuti pengajian ijazah doktor falsafah (PhD) di University of Nottingham, UK bermula pada tahun 2006.

Hasilnya amat menakjubkan apabila ekstrak dari biji buah itu mampu memusnahkan sel kanser payudara.

“Apabila sel kanser dibiakkan dan ekstrak biji bambangan diletakkan padanya, seawal tempoh 48 jam didapati sel kanser payudara dapat dibunuh.

“Lebih menarik, dalam jam ke-72, didapati hampir 90 peratus populasi sel kanser payudara mati,” katanya.

0 Response to "Buah Ini Mampu Merawat Kanser Payudara! Buah Apa Ni?"

Post a Comment