4 Tips Goreng Sosej Supaya Tak Kecut Dan Berkedut


 Siapa yang suka makan sosej, ini 4 Tips Goreng Sosej Supaya Tak Kecut Dan Berkedut, Perasan atau tidak, selalunya sosej-sosej yang dijual digerai makanan ini cantik elok mulus, tegang, tidak menggelembung dan tidak kecut.

Namun jika kita sendiri masak dirumah hasilnya tidak sama. Kebiasaanya sosej akan menjadi kecut selepas dimasak. Jika anda mengalami masalah yang sama, ini ada beberapa tips yang boleh anda praktikan dalam menyediakan sajian ini.

Baca perkongsian daripada Siti Afifah.

TIPS GORENG SOSEJ SUPAYA TIDAK BERKEDUT

Aku kalau bab goreng sosej ni memang faiIed. Kalau rebus ok lagi la. Ada tips tak nak bagi gorengan sosej ni cantik macam kat kedai tu? Terima kasih.

1. Rendam Sosej Di Dalam Air Panas Terlebih Dahulu

Tips daripada Nourhayati Yusrina :

” Masa kerja kat airport dlu chef kat situ ajar, rendam dahulu sosej dalam air panas mendidih 10-15 minit.. pastu toskan.. panaskan minyak .. biar betul-betul berasap dan pastikan minyak banyak.. bila dah panas betul masukkan sosej tadi goreng dlm masa 7 saat saja dan terus angkat toskan..”

Cara ini juga meyebabkan minyak kurang meresap ke dalam sosej.

2. Goreng Tidak Perlu Minyak Panas

Tips Fareez Amy Shafie (katerer dan juga peniaga pasar malam ) :

” Untuk pastikan kulit sosej sentiase tegang mude remaja, jangan goreng gune minyak panas…bukak je api, terus masukkan sosej ke dalam minyak (bilas dulu sosej dengan air dan keringkan)… biar dia masak bersama minyak yang baru nak panas…timbul je da bolah angkat..pasti masak…sedikit berminyak tapi lepas toss minyak tu hilang la…hasil nya sosej yang gebu gebas montok dan bergetah dapat anda nikmati dengan berselera… Semoga bermanfaat..”

3. Panaskan Pan Dan Letak Minyak Sedikit

” Senang je. Kalau nak sausage rupa cantik.. panas pan letak sikit je minyak – just cukup untuk tak bagi lekat sausage kat pan. Goreng mcm gerai burger buat tu haa..

Kalau siapa nak yang macam kecut dalam gambar ni.. pakai je minyak quantity macam nak deepfry tu.. makanya dapat la yang kecut tu nanti lepas dah sejukkan..”

4. Goreng Sosej Tambah Sedikit Air

“..Macam ni sis, nak bagi tak kecut.. goreng sosej tambah air sikit contoh setegah cawan + minyak dalam setengah cawan. Dia akan cantik tak kecut, Juice lagi. Jangan lama goreng dia 3 minit lebih kurang pun dah cukup..”

sosej goreng

Ini antara beberapa tips perkongsian yang boleh anda cuba untuk hasilkan sosej goreng yang cantik. Selamat Mencuba!

Baca juga: 3 Langkah Dan Cara Tanam Halia Di Rumah Sangat Mudah!

Sumber/Foto : https://sahabatsurgaku.com/4-tips-goreng-sosej/


0 Response to "4 Tips Goreng Sosej Supaya Tak Kecut Dan Berkedut"

Post a Comment