Cara Hilangkan Jeragat, Whitehead Hanya Dengan Guna 2 Bahan Ini


  Jeragat? sebenarnya mudah je cara hilangkan jeragat, tak perlu beli produk mahal-mahal cukup dengan 2 bahan ini je,

Nak mendapatkan kulit mulus bersih, tidak semestinya perlu melabur wang beribu-ribu semata-mata untuk mendapatkan produk kecantikan jenama terkenal.

Sebenarnya, dari zaman mak-mak kita dulu-dulu sudah ada petua untuk mencantikkan kulit dengan hanya menggunakan bahan yang ada di rumah.

Seperti yang dikongsi oleh saudari Marina Saringat ini, begini tip untuk pudarkan jeragat dan kurangkan whitehead menurut petua orang dulu-dulu.

Berikut kongsinya;

Cara Hilangkan Jeragat dengan Bahan-Bahan Dan Cara Menyediakannya:

[1] Sebiji limau tak kisah sama ada limau kasturi/purut/lemon (kalau lemon, hiris dengan halus sebab hanya diperlukan jusnya sahaja).

Cara Hilangkan Jeragat

[2] Satu sudu kecil tepung gandum. Kalau tak ada, guna tepung beras pun boleh. Asalkan berasaskan tepung.

[3] Perahkan jus limau dan campurkan bersama tepung.

[4] Gaul sebati.

Cara Menggunakan:

[1] Pastikan sebelum lumur pada muka, bersihkan muka terlebih dahulu. Kemudian, barulah tepek perlahan-lahan di seluruh bahagian muka.

[2] Amalkan 3 kali seminggu dan pakai dengan konsisten. Nanti lama-lama anda akan nampak whitehead berkurangan, jeragat memudar dan lama kelamaan kulit pun jadi bersih.

Peringatan : awalnya akan berasa pe dih sikit, tunggu sehingga 15 minit atau kalau pakai waktu malam sebelum tidur, teruskan pakai hingga pagi pun tak jadi masalah.

*Jika berlaku iritasi atau gatal pada kulit, mungkin kulit anda tak sesuai. Jangan teruskan pula. Boleh guna kaedah lain yang lebih sesuai.

Semoga bermanfaat. Selamat mencuba!

Baca juga: 1 Bahan Rawat Muka Berjerawat Dan Kusam, Haslinya Kulit Jadi Tegang, Lembut Dan Berseri!

Sumber : 

Facebook Marina Saringat 

sahabatsurgaku


0 Response to "Cara Hilangkan Jeragat, Whitehead Hanya Dengan Guna 2 Bahan Ini"

Post a Comment