5 Langkah Muda Cara Baiki Kipas Stand Yang Slow Jadi Laju Semula


  Cara Baiki Sendiri Kipas ‘Stand’ Yang Slow Jadi Kembali Laju. Jimat, Tak Payah Beli Baru!

Macam kipas siling kat rumah, lepas beberapa guna kipas ‘stand juga akan sampai masa tiba-tiba putarannya jadi perlahan. Walau pun tekan pada kelajuan maksimum tapi putarannya punyalah syahdu. Dengan cuaca kita yang sentiasa panas, mana boleh tahan dengan kipas macam ni.

Jadi mahu tak mahu kena baiki, takkan asyik nak beli baru je kan. Untuk manfaat kita @ lutfyhady berkongsi dengan kita cara baiki kipas yang perlahan ini.

 

Cara baiki kipas yang dah slow kepada kelajuan asal

Cara Baiki Kipas Stand Yang Slow Jadi Laju Semula

Bukak sangkar kipas dan unscrew penutup head dia sampai terbuka penutup depan tu. Cabut telinga sebatang yg bagi kipas teleng dgn stay tu. Macam kipas jenis ni boleh tarik cabut terus. Tengok dulu kadang-kadang ada jenis kena bukak skru dalam tu.

Cara Baiki Kipas Stand Yang Slow Jadi Laju Semula

Buka penutup tadi dan boleh nampak kotak hitam(capasitor).

Cara Baiki Kipas Stand Yang Slow Jadi Laju Semula

Ha yang ni kena kita kena pergi kedai hardware elektrik/lampu. Macam saya punya kipas value 1.5 uF(micro-farad). Beli ikut value tu ATAU untuk kipas yg lama sikit boleh beli value lebih sikit. Saya beli 2.0uF. Jangan beli lebih banyak, sebab boleh rosak motor long term. Harga benda ni RM4.

Cara Baiki Kipas Stand Yang Slow Jadi Laju Semula

Macam ni saya malas nak buka banyak part sebab nak kena bukak pakai nut, penutup besi tu. Memandang kan benda tu dah ada di luar, so saya kerat terus dan solder dgn capasitor baru.

Cara Baiki Kipas Stand Yang Slow Jadi Laju Semula

Pakai lah tape plastik hitam untuk wire tu, ni sayapakai apa yang ada saja. Solder dgn timah, semua tu beli kat kedai Eco RM2. Siap semua skru balik mcm asal.

Cara Baiki Kipas Stand Yang Slow Jadi Laju Semula

Jadi kesimpulanya, apa yg kita buat:-

Bukak cover head kipas untuk access kapasitor (kotak hitam kecil)
Replace dia ikut tips kt atas
Pasang semua balik. Selesai !

Ngamm, ni baru no.1 speed. Takda video sebelum, slow macam takda kipas ?

Jimat duit dari beli kipas baru dan upah orng baiki min rm30 dan keatas kalau servis dtng rumah. pic.twitter.com/81OiOrdD37

— PeterParker (@lutfyhady) August 20, 2019

Ok dah laju

Ngamm, ni baru no.1 speed. Takda video sebelum, slow macam takda kipas ? Jimat duit dari beli kipas baru dan upah orng baiki min rm30 dan keatas kalau servis dtng rumah.

Akhir kata, itulah cara baiki kipas yang mudah, sesiapa pun boleh buat, oleh itu, jangan lupa cuda dan kongsikan kepada orang ramai, semoga bermanfaat untuk kita semua

Baca juga: Hilangkan Jeragat, Whitehead Hanya Dengan Guna 2 Bahan Ini, Petua Orang Dulu-Dulu

Sumber:@lutfyhady

 sahabatsurgaku 


0 Response to "5 Langkah Muda Cara Baiki Kipas Stand Yang Slow Jadi Laju Semula"

Post a Comment